MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Keajaiban Solat Tahajjud




KEAJAIBAN SOLAT TAHAJJUD

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajjud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.

Antara 8 keajaiban Solat Tahajjud adalah seperti berikut :-

1. Tiket ke Syurga

Abdullah Ibn Muslin berkata “Kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah SAW saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahim, tegakkan lah solat malam saat manusia lainnya sedang tidur, nescaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah)

2. Menjauhi Penyakit

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia

Rasulullah SAW bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan Solat Tahajjud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. Penghapus Dosa

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhuk maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga Kesihatan Rohani

Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.

Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajjud untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan di akhirat

Kridet: @islamitu_indah
Infografik: Pinterest

Post a Comment

0 Comments