MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Pertukaran/Perpisahan Kakitangan/Anggota Kerja




Sempena majlis pertukaran/perpisahan kakitangan/anggota kerja Jabatan/Bahagian/Organisasi yang diraikan pada saat ini kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar mereka diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan, sihat walafiat yang berkekalan.

Di pagi/petang/bulan yang indah/mulia ini, limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan hari/bulan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar mereka dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan kerja mereka dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya.

Jadikanlah kami yang masih bertugas di dalam Jabatan/Bahagian/Organisasi ini agar dapat meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan Jabatan/Bahagian/Organisasi dan Kementerian/Syarikat serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.



Sumber: Admin & JAKIM


Post a Comment

0 Comments