MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (11 Jun 2020)



Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (11 Jun 2020)

1. Task Force Operasi Pematuhan

-  67,998 pemeriksaan telah dilaksanakan bg memantau & menguatkuasa pematuhan SOP PKPB
 
- 3,473 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan yg melibatkan 16,811 anggota


2. Bermula semalam, PDRM telah menarik balik Sekatan Jalan Raya (SJR) Rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara. Walaubagaimanapun, sekatan-sekatan jalan terutamanya di lorong-lorong tikus bagi mengekang kemasukan PATI masih diteruskan


3. PDRM telah menahan & mereman 5 individu atas kesalahan ingkar PKPP. PDRM turut mengeluarkan kompaun kpd 25 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPP


4. Aliran trafik di lebuhraya-lebuhraya & jalan utama di seluruh Malaysia masih lancar, namun terdapat peningkatan pergerakan kenderaan di Lebuhraya PLUS & Karak

- Orang ramai diminta berhati-hati di jalan raya & mematuhi peraturan bagi mengelakkan kemalangan & kehilangan nyawa


5. Berita Palsu

- Sehingga 11 Jun 2020, sebanyak 266 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM & SKMM berhubung berita palsu berkaitan COVID-19
 
- Sebanyak 179 masih dalam siasatan, 30 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 18 telah mengaku bersalah

-Masih tiada pertambahan kertas siasatan baharu yg dibuka oleh PDRM & SKMM dlm tempoh 2 minggu menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat meningkat untuk tidak berkongsi berita palsu. Walaubagaimanapun, PDRM & SKMM akan terus membuat pemantauan ketat terhadap penyebaran berita palsu


6. Kawalan Sempadan Negara

- Operasi Benteng yang melibatkan ATM, PDRM, APMM & Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19

- Dari 1 Mei sehingga semalam, seramai 704 PATI & 125 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus. Turut ditahan 12 individu yang disyaki penyeludup serta 14 kapal

- Agensi penguatkuasaan berjaya mengusir 164 PATI, 6 tekong serta 27 kapal yg cuba membolosi kawasan sempadan negara
 
- PDRM membuat 49 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara & periksa 40,969 kenderaan bg mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus

- Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram
 
- Agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya lorong-lorong tikus


7. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 8,000 operasi sanitasi merangkumi 133 zon
 
- Semalam, sebanyak 98 operasi sanitasi meliputi 58 Zon di 14 buah negeri antaranya Sarawak (20), Sabah dan Melaka (13)


8. Pengurusan Pusat Kuarantin

- Seperti diumumkan sebelum ini, pusat-pusat kuarantin wajib di hotel akan ditutup dan mereka yang pulang dari luar negara perlu menjalani proses kuarantin wajib 14 hari di kediaman mereka

- Bagi mereka yang berada di pusat kuarantin, hampir kesemua telah disaring dan di discaj untuk menghabiskan tempoh kuarantin wajib di kediaman masing-masing. Seramai 255 individu masih berada di pusat kuarantin menunggu keputusan saringan

- Bagi yang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman perlu memuat turun aplikasi MySejahtera untuk proses pemantauan & patuh SOP yang ditetapkan
 
- Mana-mana individu yang mengingkari proses kuarantin wajib & SOP akan dikenakan kompaun RM1,000 atau dihadapkan ke Mahkamah


9. Tapak Binaan

- Semalam, CIDB telah membuat pemeriksaan di 162 tapak binaan di seluruh Msia yg melibatkan 172 penguatkuasa
 
- 172 tapak binaan telah patuh SOP yg ditetapkan manakala 24 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran. 66 tapak binaan pula masih belum beroperasi

- Penguatkuasa CIDB telah mengeluarkan dua arahan menutup tapak kerana tidak patuh SOP

- Jumlah kumulatif tapak binaan yg diperiksa sehingga hari ini adalah 7,424 tapak di seluruh Msia

- 1,625 tapak binaan patuh SOP  manakala 352 tapak binaan tidak patuh SOP & diberi amaran


10. Industri Sukan Renang

-KBS akan mengadakan sesi libat urus Jumaat ini bersama penggiat industri sukan renang termasuk MOTAC, KPKT & agensi kerajaan berkaitan untuk mendapat pandangan bagi memperincikan SOP yg lebih komprehensif sebelum dikemukakan untuk persetujuan KKM & MKN


11. Pengangkutan Awam

- Perkhidmatan e-hailing & Teksi dibenarkan beroperasi tanpa had masa & kapasiti penumpang mengikut kapasiti kenderaan. Penggunaan aplikasi MySejahtera untuk memudahkan proses contact tracing & pembayaran tambang mengikut kaedah tanpa tunai adalah digalakkan

- Pemakaian topeng muka adalah diwajibkan bagi semua penumpang dan pemandu.
 
- Bas ekspres turut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh & tanpa had masa. Pengusaha bas ekspres perlu mendaftar penumpang-penumpang mereka melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual

- Penumpang termasuk pemandu bas ekspres perlu memakai topeng muka pada setiap masa. Pengusaha bas perlulah memeriksa suhu badan penumpang sebelum menaiki bas & menyediakan topeng muka kepada mereka yang tiada serta mensanitasi bas selepas setiap perjalanan

- Pengangkutan awam seperti bas awam, feri, keretapi, keretapi aliran ringan dan lain-lain boleh beroperasi dengan kapasiti penuh. Bagi yang membenarkan penumpang untuk berdiri, penumpang perlu mengamalkan kawalan kendiri penjarakan sosial

- Pesawat penerbangan juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh. Suhu penumpang perlu direkodkan terlebih dahulu & diwajibkan memakai topeng muka

- Kenderaan persendirian juga dibenarkan membawa penumpang yang bukan dari keluarga yang sama dan mengikut kapasiti kenderaan. Mereka juga perlu memakai topeng muka di dalam kenderaan

12. Kementerian Pendidikan sedang menyediakan SOP mengenai pembukaan tadika swasta dan akan diumumkan kemudian

Sumber: @MINDEFMalaysia dan gambar Youtube RTM


Post a Comment

0 Comments