MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pertambahan Bilangan Jemaah Solat Jumaat Di Masjid Al Kauthar Tanjung Aru, Kota Kinabalu Semasa PKPP




MAKLUMAN PENAMBAHAN BILANGAN JEMAAH SOLAT JUMAAT MASJID AL KAUTHAR TANJUNG ARU KOTA KINABALU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 

Kepada para Jemaah yang dirahmati Allah.

Ingin kami maklumkan kepada para jemaah sekalian, bahawa kapisiti yang telah ditetapkan untuk solat Jumaat di Masjid Al Kauthar Tanjung Aru Kota Kinabalu adalah seramai *216 ORANG YANG BERWARGANEGARA MALAYSIA* setelah mengikut prosuder yang telah ditetapkan SOP oleh Pejabat Mufti dan JHEAINS pada 17 Jun 2020.

Kepada para jemaah *HENDAKLAH DATANG AWAL* bagi mengisi tempat ruang solat yang telah disediakan oleh pihak masjid. Pemilihan Jemaah berdasarkan 216 orang terawal dan TIDAK BOLEH BOOKING UNTUK JEMAAH LAIN. Tempat ruang solat adalah TERHAD.

Pintu Masjid akan *DIBUKA PADA PUKUL 11 PAGI* dan *DITUTUP APABILA RUANG SOLAT PENUH/ AZAN KEDUA DIKUMANDANGKAN*.

Perlu diingatkan kepada para jemaah yang datang ke Masjid. Hendaklah:

- Membawa Kad Pengenalan ( I/C )
- Sentiasa memakai *MASK*
- Membawa *SEJADAH*
- *BERWUDHUK* dari rumah
- Mengunakan *SANITIZERS*
- Tidak melebihi *SUHU 37.5* keatas
- Umur 15 tahun kebawah tidak dibenarkan
- Menjaga penjarakan 1 Meter
- Tidak dibenarkan Berkumpul

‼️KERJASAMA‼️

Mohon Para Jemaah hendaklah Mematuhi arahan petugas keselamatan yang telah dilantik oleh pihak masjid dan tidak menimbulkan suasana tegang semasa berurusan di Masjid. 

Pihak AJK Masjid tidak akan kompromi sekiranya terdapat jemaah yang Ingkar arahan dan tidak ragu-ragu untuk melaporkan kepada Pihak Berkuasa.

Para Jemaah yang mempunyai masalah kesihatan seperti DEMAM, SELSEMA, BATUK, SAKIT TEKAK, SESAK NAFAS atau mempunyai SAKIT KRONIK adalah tidak dibenarkan masuk ke dalam Masjid. 

‼️Risiko‼️

Sekiranya diantara jemaah yang mempunyai simtom atau disahkan positive Covid19 yang hadir pada solat Jumaat, Masjid akan disanitasikan penuh dan kesemua Jemaah Jumaat yang hadir pada hari tersebut hendaklah memlakukan saringan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerjasama para jemaah sekalian amatlah kami hargai.

Sekian, Terima Kasih.

Ahli Jawatankuasa Masjid Al Kauthar Tanjung Aru Kota Kinabalu. (MAKTA)


Sumber: WhatsApp

Post a Comment

0 Comments