MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Solat Sunat Gerhana




21 Jun 2020 kita bakal menyaksikan satu lagi kebesaran ALLAH yang begitu menakjubkan. Ia adalah fenomena gerhana matahari separa.

Insya-ALLAH ia akan berlaku pada waktu petang. Sempatlah semua orang saksikan peristiwa yang bukan selalu kita dapat lihat.

Kalau nak tahu waktu sebenar bila berlakunya fenomena ini, bolehlah merujuk kepada portal pihak berkuasa agama di negeri masing-masing. Ini kerana, waktu di setiap negeri adalah berbeza.

Di Kuala Lumpur misalnya, fenomena itu dijangka akan bermula jam 2.50 petang hingga 4.54 petang, Selangor pula pada jam 2.50 petang hingga 4.53 petang dan Perak antara jam 2.42 petang hingga 4.56 petang.

Namun, bagi mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, gerhana matahari separa akan mula jam 3.09 petang hingga 5.24 petang.

Bagi mereka yang hendak melihat fenomena itu dengan lebih dekat, bolehlah menyaksikan proses cerapan secara Live Streaming yang dilakukan di mana-mana media sosial terlibat terutama di balai cerap dikendalikan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Secara ringkasnya, fenomena gerhana matahari separa berlaku ketika bulan hanya menutupi sebahagian permukaan matahari.

Pada kemuncak gerhana pula, matahari akan kelihatan separa. Jadi kalau kita berhasrat nak tengok, kita kena guna alatan khas bagi menapis cahaya matahari yang terlalu kuat.

Tengok, tengok juga. Tapi janganlah terlalu teruja sampai terlupa lakukan perkara sunat ini.

Bila berlakunya fenomena gerhana matahari separa, jangan lepaskan peluang untuk tunaikan solat sunat kusuf.

Rakaat pertama:


1. Takbiratul ihram dan niat

2. Membaca doa iftitah, Surah al-Fatihah dan surah pilihan

3. Rukuk

4. Kemudian, bangkit membaca Surah al-Fatihah dan surah pilihan

5. Rukuk

6. I’tidal

7. Sujud

8. Duduk antara dua sujud

9. Sujud


Rakaat kedua:


10. Ulangi rakaat kedua seperi rakaat yang pertama

11. Tasyahud akhir

12. Salam


*Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.

*Disunatkan mandi untuk solat gerhana seperti hendak solat Jumaat.

*Disunatkan untuk membaca khutbah khas gerhana. Untuk mereka yang tinggal di negeri Selangor, muat turun di laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Nampak mudahkan untuk tunaikan solat sunat gerhana matahari? Jom kita praktis esok ketika berlakunya fenomena ini. Tapi lakukannya tatkala fenomena itu sedang berlangsung.


Untuk makluman, ada sesetengah masjid yang dibenarkan untuk tunaikan solat sunat gerhana ini seperti di Perak.


Apa pun, jangan lupa untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing ya.

Panduan Solat Gerhana - www.muftiperak.gov.my

Sumber: Facebook Jabatan Mufti Negeri Selangor, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Jabatan Mufti Negeri Perak & Jabatan Agama Hal Ehwal Terangganu

Foto: Bernama

Post a Comment

0 Comments