MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Khasiat Lobak Merah Dan Fungsi Beta Karotena



Sayur dan buah yang berwarna jingga kuning boleh HILANGKAN RABUN⁉️

Jingga dan kuning, warna yang sungguh menceriakan!  

Lobak merah bukanlah boleh menghilangkan rabun mata secara terus, namun ia mengandungi suatu 
bahan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan mata. 


iaitu sejenis antioksidan yang dikenali sebagai Beta Karotena (Beta-carotene). Menariknya perkataan Beta karotena itu sendiri berasal daripada perkataan Latin yang merujuk kepada lobak merah atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Carrot'.


Apa benda beta karotena tu? Beta karotena merupakan bahan yang mengubah Vitamin A menjadi bentuk yang memberikan manfaat kepada tubuh badan seperti mengelakkan kerosakan kulit, membantu mengekalkan kesihatan kulit yang baik, mengurangkan risiko masalah mata dan paru-paru.


Bahan ini ditemui dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning dan jingga termasuklah lobak merah, lada benggala (kuning dan merah), aprikot dan turut ditemui dalam sayur hijau gelap seperti brokoli, kailan dan kangkung.

Namun, untuk menikmati kesemua khasiat ini, janganlah fokus kepada beberapa jenis sumber makanan sahaja. Anda perlu mengambil sumber makanan lain yang PELBAGAI & SEIMBANG untuk mendapat manfaat kesihatan yang optimum dari Beta Karotena!

Sumber : @BhgPemakananKKM





Post a Comment

0 Comments