MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

3 Waktu Rasulullah SAW Gunakan Dalam Mempengaruhi Jiwa & Akhlak Anak-Anak


Ada 3 waktu yang nabi Muhammad saw gunakan untuk mempengaruhi jiwa dan akhlak anak-anak.

1. Dalam perjalanan : dalam kenderaan. Waktu ini memerlukan fokus, mengetahui bahawa setiap perjalanan kita harus bersiap sedia untuk mendepani kesusahan seperti Jalan sesak dan sebagainya. Waktu ini jiwa anak lebih segar aktif dan sedia menerima arahan dan nasihat.

2. Waktu makan : kesempatan dan peluang yang baik buat ibubapa kerana tatkala keperluan fisiologi atau jasmaninya dipenuhi maka makanan untuk jiwa dan mindanya turut disertakan. Bila perut kenyang dan tenang jiwa juga turut merakamkan setiap nasihat dengan tenang. Waktu ini tolong jangan marah-marah kerana kesannya juga lama.

3. Waktu anak sakit : sakit melunakkan hati yang keras, sangat memerlukan perhatian dan bantuan orang lain. Ibu ayah pengaruhilah jiwa anak dengan nasihat yang memberi semangat serta inspirasi pada anak, keyakinan dan prinsip diri. Elakkan dari memperlekehkan anak atau mengugut mereka kerana ia akan cepat membentuk peribadi kasar dan jiwa keras.

Sumber: Ustazah Isfadiah dan Pinterest

Post a Comment

0 Comments