MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Penggunaan Logo Halal Malaysia Pelaburan Patuh Syariah


Berdasarkan pemerhatian dan semakan di laman media sosial facebook,  terdapat pihak - pihak yang menggunakan logo halal Malaysia pada poster yang disiarkan di samping meletakkan gambar individu serta tokoh tertentu untuk mempromosikan program yang melibatkan pelaburan Patuh Syariah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin menegaskan bahawa penganjur tidak pernah memohon kebenaran untuk menggunakan logo halal Malaysia bagi program terbabit dan menasihatkan rakyat Malaysia agar lebih berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan kaedah promosi sedemikian.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar di :- http://bit.ly/ProsedurAduanHalal 


Diterbitkan pada 20 April 2020 

Post a Comment

0 Comments