MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah Bagi Tahun 1441H / 2020M



Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengumumkan dua kadar zakat fitrah tahun ini, RM6 dan RM7.50 seorang mengikut kemampuan pembayar zakat.


Kadar berkenaan mengambil kira keadaan semasa terutama kumpulan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi kumpulan ini, kadar ditetapkan lebih rendah iaitu RM6 bersamaan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras Myanmar 15 peratus hancur.

Mereka yang mampu boleh membayar RM7.50 mengikut kadar harga beras putih Vietnam 5 peratus hancur.

Yang Dipertua MUIS, Datuk Dr Hasbullah Taha, berkata jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah bergantung kepada kemampuan pembayar dan ketua keluarga.

Umat Islam di negeri ini diminta membayar zakat fitrah melalui amil bertauliah atau secara dalam talian. Seramai 39 penyelaras amil dan 1,967 wakil amil dilantik untuk mengutip zakat fitrah di seluruh negeri sepanjang Ramadan tahun ini.

Pihak MUIS juga telah menyediakan platform pembayaran bagi memudahkan pembayar zakat bagi membuat pembayaran zakat fitrah seperti di bawah :


Yang boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play Store dan App Store






Sumber : bhnews@bh.com.my , MUIS & WhatsApp 

Post a Comment

0 Comments