MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Siapakah Yang Dimaksudkan Kontak Rapat COVID-19



COVID19 Siapakah yang dimaksudkan kontak rapat? 

Mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF seperti:

1. Anggota kesihatan yang merawat kes itu tanpa memakai PPE. 

2. Mereka yang tinggal serumah dengan kes positif itu.

Mereka ini akan disaring dan diambil sampel untuk ujian pengesanan. 

Bagaimana pula individu yang berhubung rapat dengan kes yang disyaki (PUI) dan belum disahkan ujian makmal? 

Mereka TIDAK dikira kontak rapat dan tidak perlu diambil sampel untuk ujian pengesanan.

Di bawah dikongsikan proses pengesanan kontak COVID-19 dilakukan oleh kakitangan kesihatan KKM.



Tahniah dan terima kasih kepada pasukan kesihatan yang bertugas di lapangan kerana menjalankan tugas yang sangat berkesan.

Kontak rapat juga diklasifikasikan individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.

Walaupun anda pernah berhubung dgn pesakit itu, tidak semestinya anda kontak rapat.

Kontak rapat menepati kriteria akan dihubungi pasukan petugas KKM.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 

Post a Comment

0 Comments