MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengeluaran i-Lestari


i-Lestari, ialah kemudahan pengeluaran khas yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka yang terjejas semasa tempoh yang mencabar ini kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan COVID-19.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari (kali pertama) boleh dikemukakan pada bila-bila masa mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. 



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan pautan Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari


TERKINI (7 April 2020)



Untuk makluman, kini tandatangan diterima bagi tujuan pengesahan Pengeluaran i-Lestari dan pihak KWSP berharap penambahbaikan ini akan memudahkan urusan permohonan pemohon.

Bagi permohonan i-Lestari yang dibuat melalui e-Pengeluaran, Ahli/Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli) dlm tempoh 5 Hari Bekerja.

Manakala permohonan yang dibuat secara manual, Ahli akan menerima SMS apabila pembayaran telah dikreditkan.

Borang terkini boleh di muat turun di sini Borang Pengeluaran i-Lestari



KWSP memaklumkan panggilan daripada nombor 03 8922 4000 adalah tulen .
Berhubung KWSP telah menerima permohonan pendaftaran i-Akaun pemohon  dan akan membuat panggilan susulan melalui talian sehala kami di 03 8922 4000.

(Jangan hubungi no 03 8922 4000 kerana ia adalah untuk panggilan sehala sahaja)

Sumber : KWSP



Penambahbaikan permohonan pengeluaran i-Lestari telah dilancarkan. 100% dalam talian, tanpa borang, dan tidak perlu ke cawangan.

Terkini 3 Mei 2020


Pengeluaran i-Lestari  akan mula dikreditkan SECARA BERPERINGKAT bermula 4 Mei 2020 sehingga 18 Mei 2020. Untuk menyemak status permohonan boleh dibuat di ilestari.kwsp.gov.my

Layari : i-Lestari Online

Sumber : KWSP

Bagi tujuan pembatalan, sila hubungi talian Hotline : 03-89224848 atau melalui laman Enquiry www.kwsp.gov.my. Sila bekalkan maklumat-maklumat berikut:

a)Nama Ahli
b)No Ahli
c)No Kad Pengenalan Diri
d)Alasan Pembatalan

Sumber : KWSP



Post a Comment

0 Comments