MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Latar Belakang Ybhg. Datuk Seri Haji Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia


YBhg. Datuk Seri Azam Baki, 57, memulakan kariernya di Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 1984 sebagai Penolong Pegawai Siasatan.

Sejak memasuki perkhidmatan BPR ketika itu, beliau telah menjalankan tugas sebagai Pegawai Penyiasat, Pegawai Perisikan, Pegawai Pendakwaan serta menjalankan tugas sampingan dalam aktiviti pendidikan masyarakat.

Beliau yang mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Undang-undang (Jurispruden) daripada Universiti Malaya dan Sarjana daripada Asia E-University, telah berkhidmat melebihi 35 tahun.

Pengalaman luas meliputi pelbagai bidang dalam & luar SPRM telah mendorong beliau dalam mengharungi perjalanan kerjaya yang lebih baik sehingga menyandang jawatan tertinggi sebagai Pengarah Perisikan (2013), Pengarah Siasatan (2015) dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) (2016)

Sepanjang kariernya, beliau berpengalaman luas dalam penyiasatan kes-kes berprofil tinggi seperti yang dilaporkan di media.

Antaranya membongkar kes ‘lesen terbang’ pada tahun 2000, yang mana beliau merupakan perancang siasatan kes berkenaan dengan kejayaan lebih 100 individu ditangkap serta 100,000 ‘lesen terbang’ telah disenarai hitam.

Daripada kes tersebut, kerajaan telah menambah baik sistem ujian lesen memandu percubaan secara manual ke sistem berkomputer seperti yang ada sekarang.

Beliau juga merupakan pelopor kepada kaedah sistem pelucutan hak harta dengan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2010 (AMLATFPUAA).

Selain itu, beliau merupakan penggerak dan perancang kepada kaedah penyiasatan operasi undercover dan kaedah penyiasatan kes-kes berprofil tinggi. Kaedah yang diperkenalkan telah diguna pakai secara meluas oleh SPRM sejak 2013 sehingga sekarang.

Kaedah ini telah menyebabkan SPRM menghasilkan pelbagai kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam seperti Ops Water Gate, 1MDB, SRC International Sdn. Bhd. dan kes pegawai kanan kerajaan seperti Setiausaha Bahagian dan Ketua Setiausaha dan ramai lagi orang kenamaan.

Sumber : SPRMMalaysia Twitter 

Post a Comment

0 Comments