MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Coretan SS Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Pelantikan Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama 2020


Babak Pertama, Episod Baharu⁣
1. Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣
2. Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.⁣

3. Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: ⁣
“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak..

orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, ⁣
1) Sebarkanlah salam⁣
2) Berikan makan⁣
3) Sambunglah silaturrahim⁣
4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,⁣
Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.⁣"

4. Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣
Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.

Sumber : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Twitter 


Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di lantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri pada 09 Mac 2020 dan Perdana Menteri Malsyaia ketika ini Tan Sri Muhyidin Yassin.




Post a Comment

0 Comments