MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Keputusan Mesyuarat Kerja Kluster COVID-19 5 Mac 2020



Mengambil kira status semasa penularan Covid-19 di Malaysia yang telah memasuki gelombang ke-2 ini, langkah-langkah sebagaimana berikut telah
diputuskan:

1. Menasihatkan rakyat Malaysia agar menangguhkan sementara

perjalanan ke bandar atau wilayah berikut:

1.1 Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna di Itali;

1.2 Hokkaido di Jepun; dan

1.3 Tehran, Qom dan Gilan di Iran.

2. Mesyuarat juga memutuskan untuk menyekat sementara kemasukan semua pelawat (tanpa mengira warganegara) yang berada atau berkunjung ke bandar atau wilayah tersebut di atas dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di Malaysia.

3. Bagi rakyat Malaysia yang berada di bandar atau wilayah tersebut di  atas, mereka dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga,
meningkatkan penjagaan kesihatan diri dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

4. Rakyat Malaysia di luar negara turut digalakkan untuk mendaftar diri dengan Kedutaan Malaysia yang berhampiran.

Maklumat mengenai Kedutaan Malaysia di luar negara boleh dirujuk di laman web
Kementerian Luar Negeri di https://www.kln.gov.my/

5. Mewartakan barang kawalan topeng muka di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2020 untuk memastikan bekalan topeng muka bagi kegunaan rakyat tempatan mencukupi.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan

Post a Comment

0 Comments