MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Virus Selesma Burung H5N1 Menyerang Wilayah Hunan, China



China melaporkan kes virus selsema burung H5N1 di wilayah Hunan, yang terletak di sempadan selatan wilayah Hubei, yang merupakan pusat penularan wabak koronavirus.

"Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang menempatkan 7,850 ekor ternakan ayam, dan 4,500 ekor ayam telah mati setakat ini.

"Pihak berkuasa tempatan telah bertindak menyembelih sejumlah 17,828 ayam," menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China pada lewat Sabtu.



Virus Hunan H5N1 bermula ketika pihak berkuasa China terus giat berusaha menyekat penyebaran koronavirus yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 300 orang.

Virus selsema burung H5N1, juga dikenali sebagai selsema burung, menyebabkan masalah pernafasan yang teruk pada burung



Jangkitan daripada haiwan kepada manusia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), adalah sukar, namun tidak mustahil berlaku.

Tiada kes jangkitan ke atas manusia dilaporkan buat masa ini.


Sumber : Astro Awani

Post a Comment

0 Comments