MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sisa Makanan Ada Di Dalam Mulut Ketika Solat


Diantara perkara yang boleh membatalkan solat ialah menelan suatu benda sama ada makanan atau minuman atau lainnya.

Ada pun jika sisa makanan ada didalam mulutnya ketika dia mengerjakan solat atau ada pada lidahnya rasa makanan atau rasa minuman dan tidak ia telannya maka tidaklah batal solatnya itu.

Jika dengan sengaja ia telan sisa makanan tersebut sekaipun sedikit atau air liurnya ada rasa makanan atau rasa minuman lalu ia telan air liurnya itu maka batal solatnya.

Telah menyebut oleh Syeikh Sulaiman Al-Jamal:

Ertinya:" Ada pun sisa makanan yang berbaki dalam mulut itu tidak membatalkan solat kerana tidak sampai ia ke dalam perut. Dan tidak sama umpama yang demikian itu sisa yang tinggal kemudian dari minum kopi dari barang yang mengubah air liur atau mengubah rasa air liur maka boleh memberi mudarat menelannya dari kerana berubah warna air liur itu menunjukkan atas ada padanya juzuk makanan." (Hasyiah Al-Jamal 'ala Al-Minhaj)

Sebaiknya ia bersihkan dulu mulutnya sebelum memulakan solat selepas makan atau minum kerana itulah sunat berkumur sebelum solat.

Kesimpulannya jika sisa makanan itu kekal dalam mulutnya tiada ditelannya sepanjang ia melakukan solat maka solatnya sah dan tidak batal.

Setengah ulamak menyebut dalam kitab - kitab mereka sunat diludah akan sisa makanan yang ada di dalam mulut ketika sedang melakukan solat.

Sumber : Ustaz Azhar Idrus 

Post a Comment

5 Comments

  1. air liur berkumpul bnyk sgt jadi saya terpaksa telan.Adakah solat saya tidak sah ?

    ReplyDelete
  2. Begitu juga tidak membatalkan solatnya sekiranya menelan air liur yang banyak. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 1/230)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Apa hukum solat, jika semasa tengah menunaikan solat, terasa ada sisa mknn d mulut lalu mengeluarkan sisa mknn tersebut kemudian sambung solat sehingga salam ?

    ReplyDelete