MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad Melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK)


YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Merangkap Pemangku Menteri Pendidikan hari ini melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) yang merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha menanam semangat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia.


Membawa hashtag slogan #MalaysiaMembaca, DMK memberi fokus untuk meningkatkan jumlah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih menyeluruh serta melalui penglibatan semua peringkat masyarakat.

Ini memperlihatkan kesungguhan Kementerian dalam menjadikan amalan membaca satu budaya untuk membentuk satu masyarakat yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat. 

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, “Bagi membudayakan amalan membaca ini, usaha untuk menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti dan memenuhi keperluan Negara memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. 

Golongan penulis, editor dan penerbit buku perlu dilibatkan secara aktif dalam inisiatif ini. Daya beli dalam kalangan masyarakat juga perlu diambil kira dalam usaha kita mewujudkan pasaran buku yang kompetitif yang mampu dibeli oleh rakyat Malaysia,”.

Hadir sama ialah YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha KPM

Lagu "Indahnya Ilmu" dari Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) terpilih sebagai Lagu Tema Dekad Membaca Kebangsaan yang dilancarkan pada hari ini 13 Februari 2020.


Lirik : Alwani Badaruddin
Lagu : Alwani badaruddin & Adam Masumi.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Post a Comment

0 Comments