MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Program Rebat RM 40 Bil Elektrik




Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). 

Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Dengan pengenalan program baharu ini, pengguna tidak lagi menerima Rebat Bil Elektrik RM20, sebaliknya akan menerima rebat bil elektrik yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dan miskin dalam sistem eKasih ICU JPM. Hubungi 03-8000 8000 untuk maklumat lanjut mengenai program ini.

Dalam ruangan ini dikongsikan proses bagi permohonan di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kerana Admin pernah berurusan dengan Pejabat SESB berhampiran berkenaan proses bagi mendapatkan Program Rebat Bil Elektrik RM40.

Berikut di kongsikan proses bagi pemohon yang layak mendapatkan Program Rebat Bil Elektrik :-
  1.  Datang ke Pejabat Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berhampiran dan isi borang maklumat yang diperlukan. - Sila dapatakan maklumat lanjut tempoh masa tapisan permohonan akan diluluskan oleh pihak SESB.
  2. Semak permohonan sama ada diluluskan atau tidak di : Semakan Rebat Bil Elektrik
  3. Sekiranya diluluskan dapatkan Borang seperti di bawah di Pejabat SESB berhampiran isi dengan lengkap, sertakan sekali salinan Kad Pengenalan dan salinan Bil Elektrik pemohon.

 
Seterusnya tunggu bil elektrik bulan berikutnya bagi memastikan kemaskini telah dibuat oleh pihak SESB dan kelayakan memperolehi Rebate Elektrik RM 40.

Bagi mereka yang telah berdaftar dengan e-kasih dan layak dalam Program Rebat Bil Elektrik RM40 ambil kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dalam belanjawan Tahun 2019

Untuk menyemak sama ada pemohon telah berdaftar dan sebagai penerima e-kasih klik Semakan Pendaftaran e-Kasih

 
Mungkin proses yang sama juga bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sarawak Energy, bagi pengguna TNB dan Sarawak Energy sila dapatkan maklumat dan berurusan di pejabat berhampiran.

Semoga bermanfaat untuk semua pemohon dan golongan e-kasih.

Sumber : Admin. messtec.gov, e-kasih



Post a Comment

0 Comments