MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pesakit Yang Disahkan 2019-nCoV Di Hospital Sultanah Maliha Langkawi, Kedah Telah Dibenarkan Pulang


Pada 29 Januari 2020, satu (1) kes melibatkan kanak-kanak perempuan warganegara China telah dilaporkan positif bagi jangkitan 2019-nCoV dan dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi Kedah. 

Dalam tempoh rawatan dan pemantauan ini sampel klinikal telah diambil semula sebanyak dua kali berturut - turut. Hasil ujian pengesanan ulangan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya sebanyak dua (2) kali ini,  telah didapati negatif. Beliau kini berada dalam keadaan sihat dan telah dibenarkan pulang.

Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya. Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pasti membawa maut kepada penghidapnya adalah tidak tepat sama sekali.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menzahirkan ucapan tahniah atas rawatan dan pemantauan rapi sehingga kanak - kanak ini sembuh dan dibenarkan pulang.

Sumber : KKM 

Post a Comment

0 Comments