MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Produk Pati Kiub Pork Jenama Knorr




Tular semula di media sosial Produk Pati Kiub Pork Jenama Knorr,  keluaran syarikat Unilever.

Untuk makluman penjelasan isu ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2016.

Produk pati tersebut tidak dikilangkan di Malaysia, tidak layak mendapat pensijilan halal dan tidak ada tertera logo halal pada bungkusan tersebut.

Berdasarkan maklum balas daripada syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd pada Disember 2018, produk tersebut tidak diedarkan di pasaran Malaysia dan tidak diimport ke Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui media sosial memaklumkan bahawa memang terdapat produk jenis kiub inti babi yang dijual namun ianya tidak dijual dan tidak dikilangkan di Malaysia.
JAKIM  juga menjelaskan jenama Knorr yang dikilangkan oleh Unilever Foods (Malaysia) Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Justeru pengguna disarankan mengutamakan yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM serta merujuk kepada pihak berautoriti dalam memperolehi penjelasan lanjut berhubung isu tular.


Sumber : Facebook JAKIM ,  mykpdnhep,  sebenarnya.my

Post a Comment

0 Comments