MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

YBhg Dato’ Merina binti Abu Tahir, En. Mohamad Damshal Awang Damit & Tuan Haji Muhammad Fawwaz Aminuddin Dilantik Sebagai Pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH)


Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan tiga (3) lantikan baharu pengurusan kanan TH iaitu (i) Ketua Pegawai Kewangan, (ii) Ketua Pegawai Pelaburan dan (iii) Pengurus Besar Pelaburan Strategik bagi mengukuhkan pentadbiran kewangan dan pelaburannya.


YBhg. Dato’ Merina binti Abu Tahir telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan berkuatkuasa pada 5 Februari yang lalu. Beliau adalah Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA), ASEAN Chartered Professional Accountant (ASEAN CPA), dan Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM).

Beliau mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman bekerja di pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa termasuk multinasional, institusi kewangan dan amalan audit. Pengalaman luas Dato’ Merina meliputi aspek pengurusan umum, kewangan, komersial, pembangunan perniagaan, dan audit dalaman & luaran. Selain pernah dilantik sebagai ahli Majlis MIA pada Disember 2016 hingga November 2019, beliau juga merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat ACCA Malaysia.  


Bagi mengukuhkan pengurusan pelaburan, TH telah melantik Encik Mohamad Damshal Awang Damit sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (berkuatkuasa 20 Januari 2020). Beliau merupakan lulusan MBA dari University of Toledo, Ohio, USA dan juga adalah pemegang charter sebagai Penganalisis Kewangan Bertauliah atau Chartered Financial Analyst (CFA).

Sebelum menyertai semula TH, Encik Mohamad Damshal merupakan Ketua Pelaburan Ekuiti dan Pendapatan Tetap di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Malaysia. Beliau mempunyai lebih daripada 26 tahun pengalaman bekerja khususnya dalam bidang pengurusan pelaburan domestik dan luar negara, analisa kredit serta kawal selia risiko, termasuk pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat dana pelaburan komersil. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di TH dari 1999 sehingga 2003 di bahagian perancangan korporat dan pernah mengetuai pengurusan portfolio pelaburan pendapatan tetap.



Bagi meningkatkan potensi pelaburan aset strategik, TH telah melantik Tuan Haji Muhammad Fawwaz Aminuddin sebagai Pengurus Besar Pelaburan Strategik berkuatkuasa 11 Februari 2020. Beliau adalah pemegang CFA dari CFA Institute dan Akauntan Bertauliah (ACA) dari Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan strategi pelaburan dengan pengkhususan dalam perancangan strategik, pembangunan organisasi, penstrukturan transaksi, kewangan korporat, pengurusan projek, penilaian pelaburan serta pembangunan perniagaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai juruaudit di Deloitte United Kingdom sebelum menyertai PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia sebagai perunding korporat. Sebelum menyertai TH, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar di UMW Group dan sebagai pengurusan tertinggi beberapa buah syarikat di Timur Tengah. -Tamat-

Sumber :  www.tabunghaji.gov.my/& Imej Google

Post a Comment

0 Comments