MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kadar Dividen KWSP 2019


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui laman sesawangnya telah mengisytiharkan kadar dividen bagi tahun 2019 seperti berikut:

SIMPANAN SHARIAH



KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen 5% untuk Simpanan Shariah 2019, dengan jumlah pembayaran sebanyak RM 4.14 bilion. Di bawah Akta KWSP 1991, dividen bagi Simpanan Shariah perlu diagihkan pada sebarang kadar berdasarkan prestasi sebenar pelaburan. 




SIMPANAN KONVENSIONAL 



KWSP telah mengumumkan kadar dividen 5.45% untuk Simpanan Konvensional 2019, dengan jumlah pembayaran sebanyak RM 41.68 bilion.

Ini adalah 2.5% melebihi kadar nominal minimum yang diberi mandat di bawah Akta KWSP 1991.



Pengkreditan dividen KWSP bagi tahun 2019 boleh disemak bermula 24 Februari 2020. Semakan kadar dividen boleh dilakukan menerusi aplikasi i-Akaun yang boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Store.



Sumber : www.kwsp.gov.my




Post a Comment

0 Comments