MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Benta Enak Sedap Sehat (BESS) Minyak Masak Keluaran Pertama Negeri Sabah



Pelancaran minyak sawit 'Benta Enak Sedap Sehat' (BESS) yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kilang Benta Edible Oil Sdn Bhd, anak syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB) yang juga unit Yayasan Sabah merekodkan sejarah produk jenama BESS keluaran pertama negri Sabah.

Kilang minyak masak yang terletak di Tawau ini menelan kos sebanyak RM3.5 juta termasuk dari segi kemudahan kelengkapannya dan  berupaya mengeluarkan 2,000 tan minyak masak sebulan dan dipasarkan di Tawau dan daerah lain.

Minyak masak BESS dijual pada harga masing-masing RM5 sebotol untuk saiz 1 kilogram, 2 kilogram (RM9 sebotol) dan 5 kilogram (RM20 sebotol).

Sekiranya mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membabitkan subsidi minyak berkenaan akan dikurangkan sehingga 30 peratus dari harga asal.

Sumber : Bernama


Post a Comment

0 Comments