MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tular Warga China Tiba Di Langkawi Untuk Elak Penularan Wabak Koronavirus?



Tular di media sosial dakwaan beberapa keping gambar yang didakwa kononnya terdapat ratusan warga China tiba di Pulau Langkawi untuk mengelakkan diri daripada penularan wabak Koronavirus .

Kerajaan negeri Kedah menafikan gambar tular di media sosial kononnya terdapat rakyat China melarikan diri ke Pulau Langkawi kerana takut dengan penularan Koronavirus baharu (2019-nCoV).
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan negeri, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, mereka adalah pelancong yang dibawa oleh syarikat pelancongan pada 17 Januari dan sudah pulang ke China pada Selasa lalu.
Dalam masa yang sama, Mohd Asmirul berkata, kerajaan mengambil langkah memperketatkan kawalan pemeriksaan keselamatan dan suhu badan di pintu masuk lapangan terbang, terminal feri, dan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) bagi memastikan virus ini tidak merebak dalam negara.
Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments