MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

SK Stella Marris, Kota Kinabalu sebagai Sekolah Pertama DiSabah Ditutup Kerana H1N1.



Untuk makluman SK Stella Marris baru saja diumumkan sebagai Sekolah pertama diSabah ditutup kerana H1N1.

Perkara ini juga telah mendapat liputan media sosial dan akhbar tempatan.


Peringatan mesra berkenaan Virus Influenza juga telah dikeluarkan melalui medium WhatsApp oleh PIBG SK Tanjung Aru II Kota Kinabalu.

Di bawah adalah sumber dari WhatsApp yang telah diviralkan.

*PERINGATAN MESRA BERKENAAN VIRUS INFLUENZA A*
=======================

Daripada : PIBG SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU.
Kepada : Ibu bapa / guru / pelajar-pelajar SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU.

Merujuk kepada situasi semasa dan kenyataan Pengarah Pendidikan Sabah berkaitan virus influenza A, pihak PIBG atas dasar memberi kesedaran dan pendidikan kesihatan ingin memberi peringatan mesra dalam menangani dan mengawal daripada terus merebak.

Sila rujuk pautan di bawah :-

http://www.buletinsabah.com/2020/01/12-murid-di-sabah-dijangkiti-influenza.html?m=1

Sebagaimana saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini dikongsikan 5 langkah-langkah pencegahan asas yang boleh diamalkan khususnya kita sebagai ibu bapa termasuk guru dalam mendidik anak-anak kita iaitu :-

1. Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
2. Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau _'hand-sanitizer'_
3. Mengamalkan adab batuk / bersin yang baik
4. Menjarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya 1 meter
5. Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156670815506237&id=373560576236

Semoga perkongsian ini dapat memberi lebih kesedaran sesama kita dalam memastikan tahap kesihatan anak-anak yang baik serta mengekalkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Terima kasih

*PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU*
*SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU*
21 Januari 2020


Sumber : WhatsApp 

Post a Comment

0 Comments