MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Menerima 60,000 Dos Vaksin Influenza Januari 2020


Seperti mana yang kita maklum bahawa bekalan ubatan bagi mencegah virus influenza semakin berkurangan dan sesetengah klink atau hospital swasta atau kerajaan kehabisan ubatan tersebut.

Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum perkara tersebut dan telah menambah 1 juta bekalan ubat Influenza, Tamilflu, untuk kegunaan 100,000 pesakit. 

KKM juga mempercepatkan proses mengimport bekalan ubat itu.


Ia bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan ubat yg dihadapi di fasiliti kesihatan swasta. -  kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KKM akan menerima bekalan 60,000 dos vaksin Influenza pada 21 Januari 2020.

"Klinik atau hospital yang kekurangan bekalan vaksin ini boleh memohon kepada KKM &dan kelulusan khas akan diberi pada hari yg sama," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Untuk rekod pada 2 Dis 2019 lalu, KKM telah menerima 90 ribu dos vaksin.

KKM juga menasihati orang ramai sekiranya mengalami gejala - gejala atau simptom di bawah:

1. Demam
2. Selesema
3. Batuk
4. Sakit tekak
5. Sakit kepala
6. Sakit badan

Segera berjumpa doktor jika gejala ini bertambah teruk.

Anda mungkin dijangkiti INFLUENZA. Elak tempat tumpuan ramai, elak virus daripada merebak.


Influenza boleh menyebabkan jangkitan teruk sehingga membawa maut khususnya kepada golongan berisiko tinggi.

Sentiasa amalkan langkah pencegahan dan disarankan mengambil vaksin Influenza yang ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.

Sumber : KKM



Post a Comment

0 Comments