MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

10 Keistimewaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)


Berikut dikongsikan keistimewaan SSPN yang perlu anda tahu. Dengan simpanan, anda mendapat perlindungan dan simpanan masa depan yang lebih baik.

1. Kadar Dividen Yang Kompetitif

Setiap tahun, kadar dividen yang diberikan konsisten dan pernah mencecah sehingga 4.25%

2. Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Sehingga RM8,000 Bagi Simpanan Bersih

Berdasarkan pengumuman bajet 2019, kadar kelayakan pelepasan taksiran cukai pendapatan dinaikkan dari RM6,000 kepada Rm8,000 setahun bagi simpanan bersih dalam SSPN

3. Patuh Syariah

Simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar"

4. Dijamin Oleh Kerajaan

Simpanan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia

5.Geran Sepadan Hingga RM10,000 Bagi Satu Keluarga Yang Layak

Pendeposit yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 ke bawah layak dipertimbangkan untuk pemberian Geran Sepadan bagi penerima manfaat (anak-anak) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading (tertakluk syarat ditetapkan)

6. Perlindungan Takaful Percuma Secara Ringgit Ke Ringgit

Bagi pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas, layak menerima perlindungan takaful secara ringgit ke ringgit bagi kes kematian dan keilatan kekal dan pemberian khairat kematian bagi pendeposit dan penerima manfaat

7. Manfaat Takaful Bagi Kematian/Ilat Kekal Sehingga RM1 Juta

Bagi pendeposit yang menyimpan dalam pakej Berlian SSPN-i Plus, layak mendapat perlindungan sehingga RM1 juta bagi kes kematian akibat kemalangan

8. Manfaat Khairat Kematian

Layak kepada pendeposit termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak

9. Tiada Pemeriksaan Kesihatan

Khusus bagi mereka yang ingin menyertai pakej Intan, Delima, Topaz, Zamrud dan Nilam

10. Layak Memohon Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Bermula tahun 2014, mempunyai akaun SSPN merupakan syarat wajib bagi pelajar membuat permohonan pinjaman PTPTN.

Maklumat lanjut sila layari : PTPTN

Sumber : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Post a Comment

0 Comments