MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Iklan Pegawai Hal Ehwal Islam (Peminjaman)




PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PEMINJAMAN)

Taraf jawatan : Peminjaman
Gred jawatan : Pegawai Hal Ehwal Islam, Gred S44
Penempatan  : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan menjalankan program-program kesedaran  peningkatan amalan nilai-nilai murni, etika dan integriti di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 dan S44 lantikan tetap (Perkhidmatan Awam Persekutuan) yang memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;
  3. Baki perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum mencapai tarikh persaraan wajib;
  4. Telah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam tidak kurang dari 5 tahun di gred hakiki (sekiranya pemohon pada gred S41).
CARA MEMOHON
  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Peminjaman di DBKL yang boleh dimuat turun daripada portal JAKIM (www.islam.gov.my).
  2. Pemohon dikehendaki mengemaskini Rekod Peribadi di bawah modul Pengurusan Rekod Peribadi di dalam sistem HRMIS.
  3. Permohonan hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan.
  4. Borang permohonan hendaklah dihantar ke:
  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
  No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
  Presint 3, 62100 PUTRAJAYA

 
Tarikh Tutup Permohonan: 3 Februari 2020 (Isnin)



Post a Comment

0 Comments