MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Data e-Tunai Rakyat Tertakluk Dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010


Pogram e-Tunai Rakyat adalah sebuah inisiatif Kerajaan dimana pihak Kerajaan memberikan RM30 wang percuma kepada sehingga 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Setakat 12 tengahari 19 Januari 2020, 1.72 juta tuntutan telah dibuat dan daripada jumlah tersebut, 1.43 juta permohonan telah diluluskan. Ini bermakna sebanyak RM39.6 juta telah diberi oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak menerima inisiatif e-Tunai Rakyat.

YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia hari ini melakukan tinjauan sempena inisiatif Kerajaan melalui e-Tunai Rakyat di  Kompleks Tesco Bagan Ajam, Pulau Pinang. 


YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia menegaskan penggunaan data yang diberikan kepada pengendali e-Tunai rakyat tertakluk dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan tidak akan disalahgunakan atau diselewengkan untuk tujuan komersial. 

Sumber : MOF 

Post a Comment

0 Comments