MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

BNM dijangka kekal OPR Kepada 3.00 Peratus



Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan besar akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Januari (MPC), kata Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidik AmBank, Dr Anthony Dass.

Beliau berkata, walaupun sentimen perniagaan dan pengguna secara keseluruhan merosot selain pengukuhan ringgit kira-kira 0.4 peratus kepada sekitar 4.06 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), yang menyediakan ruang yang mencukupi untuk mengurangkan kadar, kadar OPR dijangkakan kekal.

“Ketidaktentuan global juga semakin reda. Jika kadar diturunkan pada Januari, ia dilihat positif kerana ia dapat memberi dorongan positif kepada penggunaan swasta yang menjadi asas untuk pertumbuhan dan pelaburan, yang melengkapkan eksport pada 2020,” katanya dalam laporan Penyelidikan Pasaran Global AmBank.

Dass berkata, dalam mesyuarat MPC pada November, BNM mengekalkan kadar dasar dengan unjuran menurun.

“Selain itu, bank pusat utama seperti Rizab Persekutuan AS (Fed), Bank Pusat Eropah, Bank of England dan Bank of Japan juga dijangka mengekalkan dasar kewangan mereka yang akomodatif pada mesyuarat dasar bulan ini.

“Bank Indonesia juga dijangkakan tidak mengurangkan kadar semasa pada mesyuarat dasar Januari,” katanya.

-- BERNAMA

Post a Comment

0 Comments