MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YAPEIM 2020


Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) untuk keluarga B40 @ Pendapatan isi rumah RM4000 ke bawah.

1.Bantuan diberikan kepada pelajar sekolah menengah, rendah  dan IPT. 

2.Jenis bantuan:

Maksima bantuan RM500 satu keluarga untuk sekolah rendah & menengah, 
Maksima RM1000 untuk pelajar IPT.

Contoh:

Anak sekolah rendah + menengah = max RM500
Anak IPT = max RM1000

Sekiranya pemohon mempunyai anak di kedua-dua kategori, layak mendapat bantuan maksima RM1500.

3.Setiap keluarga layak memohon untuk setiap anak yang bersekolah rendah, menengah dan IPT.

4.Borang berasingan perlu diisi untuk pelajar sekolah dan IPT.

Sila lengkapkan kedua-dua helai borang yang disediakan berserta lampirkan kesemua 10 dokumen yang diminta bersama-sama setiap borang yang diisi.

Pastikan semua borang disahkan sebelum dihantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM yang berhampiran.

5.HANYA BORANG YANG LENGKAP AKAN DI PROSES.

Borang akan diproses dalam tempoh 30hari, pemohon boleh membuat semakan status permohonan di laman web YAPEIM tau.

6.Bantuan akan diagihkan secara tunai di cawangan Ar-Rahnu YAPEIM seluruh negara.

7.Permohonan terbuka kepada semua warnanegara Malaysia Golongan B40 tanpa mengira agama @ bangsa.

8.Borang permohonan boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahnu YAPEIM, Pejabat YAPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YAPEIM seluruh negara. Atau di laman web YAPEIM

Borang fotostat juga diterima.

9.TIADA TARIKH TUTUP UNTUK MEMOHON.

Permohonan dibuka selagi Tabung Inspirasiku masih mempunyai dana.

Bantuan akan diberi mengikut kelayakkan tertakluk kepada kecukupan dana yang dikumpul. Dalam erti kata lain, dana habis, stoplaa bantuan.

Ingin dimaklumkan, info ini telah viral sejak 6 Januari 2020, makanya sila bertindak dengan segera bagi mereka yang layak.

Sumber : WhatsApp 

Post a Comment

0 Comments