MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tarikh Luput Tong Gas


Tahu tak tong gas ada tarikh luput? Jom baca perkongsian BG cun.

Kejadian kebakaran akibat tong gas bocor dan meletup sering berlaku. Malang tidak berbau tetapi kita boleh elakkan kejadian ini dengan memastikan tong gas yang dibeli selamat digunakan. 

Untuk memeriksa tong gas, lihat di salah satu sisi selinder gas yang mana tarikh luput akan dikodkan secara alpha-numerical, 

contohnya D-17. Huruf A, B, C atau D bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun.

 A untuk March (Suku pertama) 

B untuk  Jun (Suku kedua)

C untuk September (Suku ketiga) 

D untuk December (Suku keempat) 

Digit dibelakang huruf itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa tong gas itu selamat digunakan. Jadi D 17 bermaksud tong gas itu selamat digunakan sehingga Disember 2017 sahaja.

Langkah kecil ini boleh memastikan keselamatan jiwa keluarga tersayang.



B21 ,tong gas itu masih selamat diguna sehingga bulan Jun tahun  2021.

Perkongsian di atas bagi memastikan langkah keselamatan dan berjaga - jaga untuk memastikan keselamatan nyawa dan isi rumah.

Diruangan ini disediakan asas keselamatan mengenai tong gas.

Untuk pencerahan dan maklumat lanjut sila dapatkan maklumat melalui pencarian di internet atau dapatkan pengesahan dari pihak yang tepat. 

Sumber : WhatsApp 

Post a Comment

0 Comments