MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tabung Haji menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama Standard Chartered Saadiq


Bagi memastikan pengurusan kos secara berhemah, TH pada hari ini telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama Standard Chartered Saadiq yang melibatkan sektor hartanah di luar negara dan pelancongan.




Anak syarikat Standard Chartered Bank Malaysia Bhd itu melanjutkan kemudahan pembiayaan bertempoh dua tahun kepada dua anak syarikat milik penuh TH membabitkan jumlah keseluruhan RM352.5 juta.

Dalam satu kenyataan bersama, Standard Chartered Saadiq berkata, pembiayaan patuh Syariah yang disalurkan itu bertujuan untuk membaik pulih dan membiayai semula hartanah pejabat TH di United Kingdom.

“Sebahagian daripada dana disalurkan kepada LTH Property Holdings Ltd bagi membiayai sebahagian untuk pengubahsuaian hartanah pejabatnya di London, sementara baki digunakan untuk pembiayaan semula hartanah kedua yang dimiliki oleh LTH Property Holdings 2 Ltd di Surrey,” katanya.

Di bawah terma pembiayaan, TH memiliki kelonggaran untuk menukar cagaran pembiayaan dari tunai kepada sukuk, sekali gus membolehkan ia mengoptimum sepenuhnya pelaburan sukuk sedia ada.

Bagi Standard Chartered Saadiq pula, penyedia kewangan itu diberi pilihan untuk melanjutkan kemudahan pembiayaan untuk tempoh setahun lagi.

“Ini adalah Perjanjian Pembiayaan Berstruktur Islam pertama bagi Standard Chartered Saadiq di Asia Tenggara,” katanya bank berkenaan.

Perjanjian itu dimeterai di Standard Chartered Bank Offshore Labuan, sekali gus menjadikannya sebagai urus niaga pasaran kewangan pertama bagi entiti luar pesisir.

Selain perjanjian lanjutan pembiayaan, Standard Chartered Saadiq turut memeterai perjanjian dengan anak syarikat TH membabitkan perniagaan pelancongan.

Kumpulan perbankan itu turut memulakan Kempen Umrah 2019 dengan Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd, bagi menawarkan perkhidmatan perjalanan dan lawatan lengkap kepada Muslim.
Kempen yang berlangsung sehingga 28 Februari 2020, disasarkan untuk menggalakkan pelanggan bank berkenaan menyimpan dengan memberi ganjaran menerusi pakej atau baucar perjalanan untuk melawat Makkah dan Madinah.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, berkata TH meneruskan usaha untuk meninjau pelaburan strategik di peringkat domestik dan global.

Katanya, TH juga akan meneruskan kerjasama berterusan dengan Standard Chartered Saadiq untuk memperkasakan rangka kerja pengurusan risiko mata wang rentas sempadan selain meninjau inisiatif peluang pelaburan dalam alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

“Kami berbangga kerana bekerjasama dengan rakan antarabangsa yang kukuh di Standard Chartered Saadiq. Kami akan memanfaatkan hubungan dengan rakan perbankan asing untuk meminimumkan kos kewangan tidak berasaskan ringgit untuk mengoptimumkan pulangan.

“TH juga meneroka untuk melindung nilai pendedahan mata wang sebagai sebahagian daripada pengurusan risiko dalam pelaburan asing dan operasi haji,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Saadiq Malaysia, Mohd Suhaimi Abdul Hamid, berkata keputusan TH untuk bekerjasama dengan syarikat perbankan itu menterjemahkan keyakinan terhadap keupayaan dan rangkaiannya untuk menyokong inisiatif pelaburan global dan operasi haji serta umrah di Arab Saudi.

“Kami percaya ini akan membuka peluang untuk kerjasama lanjutan dalam perkhidmatan kewangan untuk pendeposit dan keperluan korporat TH.

Standard Chartered Saadiq adalah satu-satunya perbankan Islam antarabangsa yang memiliki operasi fizikal di pelbagai pasaran seperti Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Pakistan, Bangladesh dan Kenya.

Ringkasan Tabung Haji (TH )

TH merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1963 dan ditadbir berdasarkan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). TH menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang untuk mengerjakan haji.

TH mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam perkhidmatan simpanan, haji dan pelaburan. Sebagai sebuah institusi haji terunggul negara, TH berusaha untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam Malaysia dengan memanfaatkan dana dan sumber sedia ada.

TH komited memberi perkhidmatan cemerlang dan memuaskan kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji inovatif.

TH mempunyai lebih daripada 9 juta pendeposit dan 125 cawangan dengan lebih 10,000 'touch-points' di seluruh negara. TH juga mempunyai sebuah pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah Konsulat Malaysia.

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Ringkasan Standard Chartered Saadiq Berhad

Setiap orang mempunyai visi masa depan, yang ditandai oleh kemajuan dan inovasi. Tetapi setiap mimpi hanya boleh melambung jika ia dibina berdasarkan nilai yang anda paling menghargai. Untuk membantu merealisasikan impian anda, Standard Chartered Group dengan bangga melancarkan Standard Chartered Saadiq Berhad, anak syarikat kami, pada 12 November 2008.

Perbankan Islam adalah fenomena yang berkembang pesat di pasaran kewangan global kerana ia menjawab panggilan orang Islam yang pintar yang mencari sistem perbankan yang sesuai dengan ajaran agama mereka. Oleh sebab itu, beberapa bank di seluruh dunia menawarkan produk dan perkhidmatan yang mematuhi Syariah (Hukum Islam). Pada Standard Chartered Saadiq Berhad ("Saadiq" yang bermaksud "jujur"), satu pasukan profesional dan reka bentuk profesional yang berkelayakan dan produk dan perkhidmatan Standard Chartered Saadiq kami untuk memastikan mereka selaras dengan prinsip Syariah yang mentadbir Perbankan dan Kewangan Islam. Di samping itu, untuk memastikan kesesuaian semua produk dengan prinsip Syariah, Bank mempunyai Jawatankuasa Penasihat Syariah bebas yang terdiri daripada sekumpulan pengurus profesional yang dipandu oleh sarjana Syariah yang dihormati di dalam dan di luar negara.

Standard Chartered adalah bank antarabangsa pertama di Malaysia untuk menawarkan produk Perbankan Islam pada tahun 1992. Dengan jejak di lebih daripada 70 negara, kami komited untuk membawa anda penyelesaian Islam bertaraf dunia untuk semua keperluan kewangan anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat panggilan kami di 03-7711 8888 atau 1300 88 8888, atau log masuk ke kami.

Untuk maklumat lanjut sila layari portal: Standard Chartered Saadiq, TH

Sumber: Tabung Haji (TH) & Berita Harian
 

Post a Comment

0 Comments