MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Soalan Lazim Berkaitan Polio




Apakah Penyakit Polio 

Penyakit berjangkit disebabkan virus polio. Virus ini menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Boleh membawa maut sekiranya berlaku kegagalan pernafasan.
Status penyakit Polio di Malaysia

Kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992. Setelah 27 tahun, satu (1) kes telah disahkan dijangkiti virus polio pada 8 Disember 2019. Malaysia telah diisytiharkan bebas polio sejak Oktober 2000.

Adakah Malaysia berisiko untuk mendapatkan jangkitan Virus Polio?

Ya, sekiranya terdapat lokaliti dengan liputan imunisasi polio kurang daripada 95% serta tidak mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran.

Risiko jangkitan virus polio kepada pelawat yang mengunjungi negeri Sabah
Pelawat dinasihatkan untuk memastikan telah mendapat imunisasi polio yang lengkap serta mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

Siapakah yang berisiko mendapat penyakit polio?

Seseorang individu yang tidak mengambil suntikan vaksin polio yang lengkap adalah berisiko dijangkiti virus polio jika:
  1. Tidak membasuh tangan dengan sempurna selepas membuang air besar atau selepas menukar lampin bayi. 
  2. Tidak menggunakan bekalan air bersih 
  3. Tidak menggunakan tandas dengan sempurna 
  4. Mempunyai system imun yang rendah seperrti pesakit yang sedang menjalani rawatan kemoterapi dan penerima organ. 
  5. Sejarah terkini perjalanan ke kawasan yang berlaku wabak polio 
  6. Mengendalikan specimen makmal virus polio
Bagaimanakah cara virus polio merebak?
Virus polio membiak dalam usus manusia yang dijangkiti dan dikumuh melalui najis, virus dalam najis memasuki tubuh melalui:
  1. Memakan makanan dan/atau minuman tercemar 
  2. Tangan yang tercemar dengan najis dan kemudian menyentu mulut 
  3. Objek seperti mainan yang tercemar dimasukkan ke dalam mulut
Indivudu yang dijangkiti boleh menyebarkan virus kepada orang lain.

Tanda dan gejala
Kebanyakan orang yang dijangkiti virus polio tidak menunjukkan sebarang gejala. Hanya 1 daripada 4 orang dengan jangkitan virus polio akan mengalami gejala demam selesma. Sebilangan kecil kes mengalami gejala lebih serius akibat jangkitan pada otak dan saraf tunjang seperti:
  1. Kebas 
  2. Meningitis iaitu keradangan pada selaput otak 
  3. Lumpuh 
  4. Kematian
Apakah Vaccine-Derived Poliovirus (VDPV)?
Apabila liputan imunisasi polio kurang daripada 95%, virus yang berada dalam persekitaran boleh berubah secara genetic menjadi virus polio yang boleh melumpuhkan dan dikenali sebagai Vaccine-Derived Poliovirus (VDPV).

Sumber: myhealthkkm

Post a Comment

0 Comments