MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sambutan Hari OKU Sedunia


Hari ini 03 Disember 2019 adalah sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) sedunia. Setiap tahun pada 03 Disember adalah diiktiraf sebagai sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) sedunia. 

Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan tema Penyertaan OKU: Tiada Yang Tertinggal Dalam Agenda Pembangunan 2030.

Kerajaan sentiasa beriltizam untuk pegang kepada prinsip inklusif dengan memastikan tiada sesiapa pun di kalangan kita yang terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Ucapan Timb Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail Sempena Hari OKU 2019

Sambutan ini adalah sebahagian daripada inisiatif meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat sebagai tanggungjawab bersama untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kemampuan dan sumbangan OKU.

Sumber : KPWKM

Post a Comment

0 Comments