MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Secret Recipe



Pada 21 Oktober 2019 Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan penjelasan berkaitan Status Halal Premis Makanan Sceret Recipe yang ditularkan di Astro Awani.

Untuk makluman pengguna, tular tersebut merupakan isu lama yang berlaku sekitar tahun Mei 2015 dan kini premis makanan Secret Recipe Cakes & Café Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.

Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih bereaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terkebak ke kancah fitnah dan salah faham sesame ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari portal Halal Malaysia di halal.gov. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verfy Halal.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Telefon: 03-8892 5000/1

Sumber : JAKIM 


Isu Halal : Penjelasan Isu Status Halal Produk Madu

Post a Comment

0 Comments