MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penagguhan Program Subsidi Petrol (PSP)



Kenyataan Media: Penangguhan Program Subsidi Petrol

Kerajaan pada 7 Oktober 2019 telah mengumumkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari 2020 sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan. 

Kerajaan memperuntukkan RM 2.4 billion dalam Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat ini seramai 8 juta orang daripada kelompok B40 dan M40.

Mesyuarat Kabinet pada 18 Disember 2019 telah memutuskan bahawa pelaksanaan PSP yang dijadual bermula Januari 2020 tidak diteruskan dahulu sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

Hal ini adalah untuk memberi ruang:

1. Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.

2. Proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.

Sementara menunggu konfirmasi pelaksanaan PSP ini diumumkan kemudian, rakyat akan terus menikmati harga petrol sepertimana sistem sekarang.

Sekian, terima kasih

Sumber : Twitter YB Saifuddin Nasution

Berhubung perkara di atas admin maklum dan admin percaya bahawa rakyat juga maklum akan kesungguhan kerajaan yang ada sekarang untuk memberikan perkhidmatan dan menjaga kebajikan rakyat. Sebagai contoh pelaksanaan Program Sarapan Percuma (PSP) adalah lebih baik diutamakan kerana melibatkan murid sekolah dan tidak semua ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah mempunyai pendapatan tetap,  pemberian PSP di sekolah - sekolah adalah langkah bagi mengurangkan kos dan bebanan golongan liar bandar dan B40.

Post a Comment

0 Comments