MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pemandu Grab Boleh Membuat Potongan Zakat Melalui Zakat Selangor



Zakat Selangor dengan kerjasama Grab Malaysia di bawah program Grab Benefits, menawarkan kaedah caruman zakat bulanan untuk pemandu Grab melalui aplikasi Grab Driver.

Menurut Ketua Operasi Grab Malaysia, Rashid Shukor, tinjauan dalaman mereka mendapati pemotongan zakat merupakan salah satu di antara permintaan utama dari kalangan pemandu mereka, yang rata-ratanya terpanggil untuk menyelesaikan kewajipan berzakat.

'Grab Benefits Partner Luncheon' telah diadakan pada 10 Dis di ibu pejabat Grab Malaysia, dan Zakat Selangor turut sama di majlis tersebut yang diwakili Ketua Jabatan Majikan Divisyen Kutipan, Muhd Fikri Naim Harun.

"Pemotongan akan dilakukan pada setiap bulan menerusi e-wallet pemandu. Di samping itu pemandu juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan sempena Kempen Grab 2019 Zakat Selangor yang sedang berlangsung hingga 31 Disember ini," ujar beliau.

Tambahnya, Pemandu Grab yang berminat untuk membuat caruman zakat bulanan dengan  Zakat Selangor boleh melayari laman sesawang kami di  zakatselangor.com.my


Sumber : Twitter Zakat Selangor

Post a Comment

0 Comments