MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Mutiara Kata


1. "Salah satu rezeki dari Allah swt adalah kita dikelilingi oleh orang-orang soleh dan Soleha"

Hargilah setiap pemberian dan anugerah dari Allah swt agar kehidupan seseorang itu diberkati.

2. "Dakapan seorang ibu mampu menenangkan kegusaran di hati seorang anak"

Seorang ibu yang melahirkan anaknya mempunyai naluri memgetahui isi hati anaknya.

3. "Utamakan kegembiraan ibu bapa kerana doa mereka merupakan kunci kebahagian dunia dan akhirat"

Sentiasalah mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kedua ibu bapa supaya sentiasa sihat dan sejahtera . Berbaktilah kepada mereka kerana kebahagian dan kecukupan rezeki yang kita Perolehi datang dari kesenangan dan kegembiraan mereka langsung menghadirkan keredahaan Allah swt.

4. "Mulakan hari anda dengan fikiran yang positif agar segala urusan dapat berjalan dengan lancar. Insya-Allah "

Fikiran yang positif menghasilkan aura dan semangat yang positif dalam setiap pekerjaan yang diceburi. Insya-Allah berjalan lancar seperti yang dikhendaki.

5. "Tiada yang lebih bahagia daripada melihat kebahagiaan orang lain"

Kebahagiaan orang lain juga boleh membuatkan kita bahagia, hati menjadi terkesan dan tenang melihat kebahagiaan orang lain di dasari niat dan perlakuan kerana Allah swt.

Post a Comment

0 Comments