MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

kriteria-kriteria Penerima Whitelist


Apa itu Whitelist

Merupakan satu insiatif rahmah halal Malaysia yang diperkenalkan bagi merangsang penglibatan industri dalam pensjilian halal Malaysia

Ianya merupakan satu mekanisme pengiktirafan yang diberikan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada syarikat atau pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang komited dengan syarat-syarat pensijilan halal Malaysia.

Apakah kriteria-kriteria penerima Whitelist?
  1. Memenuhi keperluan umum dan khusus Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 
  2. Merupakan pemegang SPHM yang aktif bagi tempoh minimum 4 tahun daripada skim selain rumah sembelih dan hotel
  3.  Membangun, mengamal dan mengekalkan Sistem Jaminan Halal (SJH) dengan baik dan berkesan 
  4. Mempunyai rekod yang baik dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan penarikan balik SPHM sepanjang 4 tahun 
  5. Lain-lain kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian 03-88925143/5084

Sumber: Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM


Post a Comment

0 Comments