MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kadar Bayaran RTM Dinaikkan


Berita baik buat penggiat seni,  kerajaan Malaysia meluluskan cadangan kenaikan harga program televisyen. 

Dengan kelulusan ini kadar bayaran kepada pengkarya seni kreatif bagi siaran hasil karya mereka di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia YB Gobind Singh Deo berkata kadar baharu itu akan dilaksanakan mulai April 2020, tertakluk kepada kualiti produk yang dikemukakan kepada RTM. 

Kadar kenaikan yang diluluskan mengikut kategori rancangan adalah 20% sehingga 60% bagi telefilem, drama bersiri (30% hingga 60%), dokumentari dan majalah (10% sehingga 30%) serta animasi bersiri (30%). " Kadar harga semasa yang telah ditetapkan pada tahun 1986 tidak pernah dikaji semula selama 33 tahun".

Dalam menentukan kadar ini,  RTM telah melaksanakan perbandingan dengan pihak ketiga untuk memastikan kadar yang ditawarkan adalah kadar kompetitif dengan kadar pasaran semasa.

Kementerian Multimedia dan Komunikasi juga akan menambah kepelbagaian rancangan di bawah kategori - kategori tertentu seperti 'extreme gameshow' di bawah kategori 'variety show' selama 30 minit, muzikal hiburan bersiri (60 minit) dan kapsul/trailer/promo (1 hingga 3 minit).

Sumber : Bernama

Post a Comment

0 Comments