MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

JPA Meluluskan Permohonan Perjawatan KKM Bagi Hospital Rembau


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  meluluskan permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pertambahan 386 pelbagai jawatan untuk Hospital Rembau yang akan beroperasi awal tahun depan 2020. Semasa berlangsungnya Majlis Penyerahaan Waran Perjawatan Hospital Rembau di ibu pejabat JPA di Putrajaya Kuala Lumpur hari ini 2 Disember 2019.


Pertambahan perjawatan itu adalah sebahagian daripada perjawatan yang dipohon oleh KKM dan telah diluluskan oleh JPA berdasarkan keperluan fasiliti kesihatan KKM yang telah siap dan bakal beroperasi mulai 2019 hingga 2020.

Keperluan pertambahan tersebut melibatkan perjawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan lain-lain jawatan di fasiliti baharu KKM melalui kaedah penjajaran jawatan kosong dari semua kementerian. Pertambahan jawatan ini akan diagihkan secara berfasa.


Penyerahan waran perjawatan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Yang Berbahagia Datuk Khairul Mohd Adib Abd Rahman kepada Ketua Setiausaha KKM Yang Berbahagia Dato' Seri Dr Chen Chaw Min.

Kelulusan permohonan KKM ini mengambil kira bagi menambah baik kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Namun begitu sektor-sektor perkhidmatan lain juga penting dan turut menyumbang kepada pembangunan negara.

Justeru, penyelesaian isu perjawatan ini perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak tertumpu kepada satu kementerian sahaja.

Sumber: KKM

Post a Comment

0 Comments