MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Gerhana Matahari Anulus (Cincin)


Pada 26 Disember 2019 bersamaan 29 Rabiul Akhir 1441H semua rakyat Malaysia berpeluang mneyaksikan fenomena Gerhana Matahari Anulus (cincin) dan separa. 

Lokasi - lokasi yang akan mengalami Gerhana Matahari Anulus (cincin):

Johor 
  1. Kukup,  Potian 
  2. Tanjung Piai, Potian
  3. Pengerang, Johor Bahru 
  4. Teluk Kerang, Johor Bahru 
Sarawak 
  1. Serian 
  2. Kota Samarahan 
Selain dari kawasan di atas, rakyat Malaysia juga boleh menyaksikan Gerhana Matahari Separa sekitar 79% - 93% litupan bulan ke atas keseluruhan permukaan Matahari.

Namun, Matahari tidak akan kelihatan seperti cincin, ianya lebih menyerupai bentuk "bulan sabit".

Bagi mereka yang tinggal di Tanjung Piai tempoh gerhana akan berlaku bermula pukul 1.21 petang sehingga 1.23 petang.

Serian fenomena gerhana bermula pukul 1.46 petang sehingga 1.50 petang.


Oleh itu,  umat Islam disunatkan untuk melakukan solat Sunat Kusuuf secara bersendirian atau berjemaah.

Tempoh solat boleh dilakukan bermulanya gerhana sehingga tamatnya gerhana.


Pastikan langkah berhati-hati perlu diambil semasa melihat gerahana tersebut. Jangan melihat secara terus ke arah Matahari tanpa penuras (filter) yang sesuai.


Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan , Persatuan Falak Syarie Malaysia dan MESTEC 

Post a Comment

0 Comments