MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Firma Pelaburan Terbaik dalam Bon Mata Wang Tempatan Asia 2019




AmInvest telah dinamakan sebagai Firma Pelaburan Terbaik dalam Bon Mata Wang Tempatan Asia untuk Malaysia di Anugerah Penyelidikan Penanda Aras Aset 2019.

Pengurus dana itu dalam satu kenyataan berkata pengurus pendapatan tetap kanan, Kho Hock Khoon menang tempat kedua di bawah kategori 'Pelabur Pintar' Malaysia, manakala ketua pendapatan tetap Amlnvest, Raymond Lew duduk di kalangan 'Kepujian Tertinggi' dalam sub kategorinya.

"Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan, ini merupakan bukti kepada keupayaan pasukan pelaburan kami yang secara konsisten mampu mewujudkan nilai kepada pelanggan kami.

"Di samping itu, kami berterima kasih kepada kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh pelanggan sejak 38 tahun lepas, menjadikan kami sebagai salah satu pengurus dana amanah unit pendapatan tetap yang terbesar di negara ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Amlnvest Goh Wee Peng.

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah:


Sumber: Bernama & AmInvest



Post a Comment

0 Comments