MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ejen Ali The Movie Mengungguli Carta Pecah Panggung


Filem animasi Ejen Ali The Movie memungut RM6.4 juta selepas tiga hari tayangan di 162 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Ejen Ali The Movie mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta, pada hari pertama tayangan, Khamis lalu (5 Disember 2019).
Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata “Kami sangat berterima kasih dan berbesar hati menerima maklum balas positif daripada pelbagai kelompok penonton yang memberikan lima bintang kepada Ejen Ali The Movie,” 
Usamah Zaid Yasin CEO Wau Animation juga merupakan perekacipta watak Ejen Ali The Movie
Filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation itu berkisar perisik kanak-kanak yang ditugaskan agensi Meta Advance Tactical Agency (MATA) sebagai pelindung kota futuristik, Cyberaya daripada ancaman musuh.
Sumber : Berita Harian dan ejen_ali.official

Post a Comment

0 Comments