MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2019


Pekebun Kecil dan Penoreh boleh memohon dan mengemaskini maklumat untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di semua pejabat RISDA seluruh negara sebelum 15 Disember 2019.

Sila ke pejabat RISDA Daerah atau Negeri yang berhampiran untuk mengemaskini BMT. 

Syarat Permohonan adalah seperti berikut:-

1. Pekebun Kecil, Pemilik Pengusaha yang berdaftar dengan RISDA mengusahakan kebun getah berkeluasan TIDAK LEBIH 2.5 hektar.

2. Penoreh Bukan Pemilik yang berdaftar dengan RISDA dan menoreh di kebun getah berkeluasan TIDAK LEBIH 2.5 hektar.

Sila bawa dokumen seperti di bawah:-
  1. Salinan Kad Pengenalan Baru.
  2. Salinan Kad SIC RISDA (jika ada).
  3. Salinan Geran Tanah Yang Sah.
  4. Salinan Buku Bank Akaun Yang Aktif.
  5. Salinan Kad PAT-G (bagi penoreh bukan pemilik sahaja).
Untuk menyemak status permohonan sila layari pautan : https://webapps3.risda.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi di talian: 03 - 42564022

Laman sesawang RISDA : www.risda.gov.my

Baca juga: Bantuan Musim Tengkujuh

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia dan RISDA


Post a Comment

0 Comments