MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tun Dr Mahathir Mohamad Merasmikan PIPOC


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad akan merasmikan kongres minyak sawit terbesar dunia, Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 19 hingga 21 Nov 2019.

Bertemakan Balancing Sustainability Pillars’ (Mengimbangi Tonggak Kemampanan). Adalah tema yang sangat sesuai memandangkan kini industri minyak kelapa sawit mendepani cabaran global.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata "PIPOC 2019 akan membincangkan aspek penting pengeluaran minyak sawit secara mampan, iaitu melibatkan bumi ini, rakyat dan keuntungan, dengan menumpukan penyelidikan terkini dan amalan dalam industri minyak sawit,” 

PIPOC akan di hadiri oleh para penyelidik, ahli akademik, penggubal dasar serta pakar industri dari seluruh dunia.

PIPOC juga mengetengahkan lima persidangan yang akan diadakan serentak melibatkan pertanian, bioteknologi dan kemampanan; kimia, teknologi pemprosesan dan biotenaga; oleo dan kimia khusus; ekonomi global dan pemasaran; serta makanan, kesihatan dan nutrisi.

Turut hadir pada PIPOC, Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Menteri Industri Utama Malaysia Teresa Kok Suh Sim 

Sumber : BERNAMA

Post a Comment

0 Comments