MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tips Pencegahan Jenayah


1. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak tentang batas pergaulan antara jantina pada usia muda, agar mereka selalu mengamalkan batas tersebut. Ibu bapa juga perlu mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak mereka.

2. Jangan memandang remeh sekiranya anak anda mengadu mengenai tindakan seseorang yang tidak sopan/menjurus kepada seksual atau sakit dibahagian sulitnya. Selidik perkara tersebut.

3. Pastikan anda sentiasa memeriksa nama syarikat dan agensi pelancongan dalam internet atau mana-mana badan berkuasa kerajaan yang berkenaan sebelum membeli atau menempah sebarang pakej pelancongan, umrah dan sebagainya.

4. Pastikan anda mensahihkan sesuatu emel atau surat yang diterima daripada pihak bank atau insurans sebelum memberi maklumat peribadi dan perbankkan anda!

5. Apabila anda sedang makan dan santai di luar, elakkan dari meletakkan atau menggantung beg di tepi atau di bawah kerusi. Jangan sesekali juga Meletakkan dompet, telefon bimbit atau barang berharga anda di atas meja makan kerana ianya pasti menjadi tarikan utama penjenayah!

6. Jangan memuat turun fail daripada emel atau sumber yang dicurigai kerana kemungkinan besar fail itu mempunyai virus yang boleh menyebabkan maklumat di dalam komputer atau telefon bimbit anda didedahkan kepada sendikit penghantar emel tadi.

7. Pastikan anda menyimpan nombor Balai Polis terdekat, Ibu Pejabat Polis Daerah atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan daftarkan diri anda dengan Volunteer Smartphone Patrol.

8. Sila ganti semua tempat pembuka kunci apabila kunci premis anda tercicir atau dicuri.

9. Jangan cuai dengan persekitaran anda apabila berjalan. Rapatkan beg kepada tubuh anda dan pastikan sentiasa ditutup kemas dan berzip supaya tidak memberi peluang kepada penjenayah memgintai kandungan beg anda.

Sumber : PDRM


Post a Comment

0 Comments