MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijanjikan Syurga


Allah swt telah menjanjikan syurga di dunia lagi semasa hidup kepada beberapa orang sahabat Nabi Muhammad saw di antara mereka adalah :-

Abu Bakar As-Sidiq r.a

Sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah saw,  di gelar As-Sidiq kerana membenarkan kata-kata dan tingkah laku Rasulullah saw buktinya peristiwa Isra dan Mikraj  (Perjalanan Nabi Muhammad saw semalam untuk berjumpa Allah swt menggunkan Buraq dan penerimaan Solat 5 waktu bagi umat Islam) beliau adalah orang yang pertama membenarkan perkataan dan peristiwa itu.

Beliau juga adalah khalifah yang pertama selepas Rasulullah saw wafat.

Umar Al-Khattab r.a

Sahabat yang rapat dengan Rasulullah saw,  diberi gelaran Al-Faruq bermaksud "dapat membezakan yang hak dan yang batil ".

Sebelum memeluk Islam beliau adalah musuh utama orang Islam,  mendapat hidayah memeluk Islam ketika adik perempuannya bernama Fatimah binti Al-Khattab membaca surah Thoha dan didengar oleh Umar Al-Khattab.

Setelah memeluk Islam beliau adalah benteng orang Islam yang paling kuat.

Uthman Bin Affan r.a

Sahabat yang rapat dengan Rasulullah saw,  merupakan khalifah yang ketiga selepas Umar Al-Khattab.

Beliau memerintahkan kesemua tulisan wahyu dikumpulkan dan dibukukan menjadi Al-Quran resam Uthmani sehingga hari ini digunakan oleh orang Islam.

Ali B Abi Talib r.a

Merupakan sepupu dan menantu Rasulullah saw kerana mengkhawini puteri Rasulullah saw Fathimah Az-Zahra , digelar Karramallahu Wajhah“  membawa maksud Semoga Allah memuliakan wajahnya .

Merupakan khalifah Islam yang ke-empat dan terakhir dalam sistem pemerintahan Khalifah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang berilmu,  cerdas dan pakar strategi perang, beliau juga sanggup menggantikan tempat tidur Rasulullah saw semasa Rasulullah saw memulakan perjalanan Hijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.


Sumber : Buku Agama dan Internet 

Post a Comment

0 Comments