MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rizab Persekutuan USA Turunkan Kadar Faedah

Rizab Persekutuan merendahkan kadar faedah buat kali ketiga tahun ini 2019 bagi membantu mengekalkan pertumbuhan Amerika Syarikat (AS) meskipun kelembapan di bahagian lain di dunia, tetapi memberi isyarat bahawa tidak akan ada pengurangan tambahan melainkan jika keadaan ekonomi bertambah teruk.

"Kami percaya bahawa dasar monetari berada di kedudukan yang baik," kata Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada sidang akhbar selepas bank pusat AS itu mengumumkan keputusannya untuk mengurangkan kadar pinjaman semalaman utamanya sebanyak satu perempat mata peratusan kepada julat sasaran antara 1.50 peratus dan 1.75 peratus.
"Kami mengambil langkah ini untuk membantu mengekalkan ekonomi yang kukuh dalam menghadapi perkembangan global dan menyediakan sedikit jaminan terhadap risiko semasa.
"Kami kira kedudukan dasar monetari semasa dijangka kekal bersesuaian selagi maklumat masuk berhubung ekonomi secara meluasnya tetap konsisten dengan tinjauan kami," katanya.
Komen Powell bertentangan tuntutan Presiden Donald Trump bahawa Rizab Persekutuan mengurangkan kadar faedah pada kadar lebih besar bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi susut kepada 1.9 peratus pada suku ketiga, jauh di bawah paras tiga peratus yang dijanjikan Trump sebelum ini. 
Sumber : Reuters

Post a Comment

0 Comments